MUSLIM FRIENDLY ORGANISATION 
Terlalu banyak organisasi bukan Islam didapati mengamalkan diskriminasi terhadap orang-orang Islam. Adakalanya layanan yang diberikan kepada kakitangan Islam/Melayu berbaur perkauman, keagamaan atau tidak menghormati kita pada keseluruhannya. Ada juga yang mengamalkan sifat-sifat yang tidak berperikemanusiaan. Di antara perkara yang sering terjadi adalah:-
- Diskriminasi peluang untuk pekerja Islam maju (di dalam syarikat-syarikat besar) kerana perbezaan agama atau bangsa;
- Tekanan yang berlebihan terhadap kerja kerana perbezaan agama atau bangsa;
- Tidak membenarkan bersolat waktu pada waktu kerja (contoh syarikat -JOVEN);
- Tidak membenarkan bersolat Jumaat pada waktu bekerja;
- Tidak menjaga kebersihan di tempat kerja terutama di premis pembuatan makanan;
- Tidak mengamalkan perniagaan beretika, seperti menggunakan wanita sebagai bahan tarikan dan iklan
- Tidak ada tempat untuk bersolat apatah lagi tempat berwudu’ untuk pekerja Islam;
- Pakaian seragam dijadikan sebab untuk mendedahkan aurat pekerja wanita;
- Tidak berlaku adil dan tidak berperikemanusiaan terhadap “pembantu rumah” dengan mengenepikan hak mereka yang ingin mengamalkan syariat Islam semasa bekerja;
- Menggunakan perkataan yang menghina seperti ”Melayu bodoh” dll;
- Tidak memberikan pertimbangan kepada pekerja yang perlu memperolehi makanan yang halal;
- Melakukan diskriminasi kepada pembekal-pembekal Islam;
- Tidak membuka peluang perniagaan kepada masyarakat Islam;
- Tidak mempunyai PANEL SYARIAH untuk rujukan mengenai perkara berkaitan kepenggunaan Islam;
- Secara keseluruhan, tidak peduli, dan tidak pernah menjaga kepentingan dan kebajikan umat islam;
- Lain-lain perkara yang didapati tidak menghormati Islam yang mungkin bertambah dari masa ke semasa.
PPIM telah megenalpasti syarikat milik bukan Islam yang TIDAK melakukan perkara-perkara tersebut di atas. Malahan, syarikat-syarikat ini adalah lebih sensitif, peka dan BERSEDIA lebih awal menyediakan prasarana bagi keperluan pekerja Islam dan memahami serta sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan kehendak Islam amnya.
Itulah ciri-ciri yang ada di dalam syarikat yang telah diiktiraf sebagai MFO. Perlu diketahui bahawa PPIM tidak mengiktiraf mereka sebagai AHLI Bluemosque Fraternity (BMF) kami yang mesti Islam. Agenda ini adalah sebahagian daripada usaha PPIM sekadar untuk memberi ruang persahabatan dan mendidik mereka bahawa kita akan menyokong mereka sekiranya mereka menghormati kita. Perlu juga diketahui bahawa bukan sedikit orang-orang Islam yang menyokong pertubuhan atau syarikat bukan Islam, WALAUPUN syarikat-syarikat ini TIDAK menghormati kehendak dan syariat kita.
Bagi PPIM, ini adalah perbuatan yang sangat merugikan bangsa dan agama kita. Sekurang-kurangnya kita ada garis panduan yang menjadi syarat kita boleh memberi sokongan. Bukan sewenang-wenangnya. Comments
|
Anonymous
|
Saturday, 28 August 2010 |
|
|
Guest
|
harap MFO dapat mperbetulkan keadaan ini....semoga maruah umat Islam terbela .......terima kasih
|
|
jesyah
|
Tuesday, 27 July 2010 |
|
Comments: 1
|
mcmne sy nk dpt senarai yg tlh mndfar sbgai ahli mfo
|
|
mesra
|
Friday, 11 June 2010 |
|
Comments: 1
|
mcm mn sy nk th sama ada syarikat itu ahli MFO atau tidak..sama ada syarikat itu telah didaftarkn bwh PPIM atau tidak...
|
|
azreen
|
Thursday, 01 April 2010 |
|
Comments: 1
|
blh x hantar senarai nama syarikat yg tlh diiktiraf sbg MFO?
|
|
fendi73
|
Tuesday, 30 March 2010 |
|
Comments: 1
|
Mengapa ada syarikat yang TIDAK mempunyai panel syariah tetapi diiktiraf sebagai syarikat MFO seperti Syarikat Uptrend ?
|
|
khasiah zakaria
|
Saturday, 13 March 2010 |
|
Comments: 1
|
Tahniah! Satu tindakan yang sangat proaktif. Namun saya ingin mencadangkan agar ahli pro MFO ini di sebarkan agar semua tahu. Ada kalanya syarikat2 ini memberikan alasan tidak tahu. Setelah diberitahu , kita juga patut melihat dari aspek perundangan. Adakah undang2 yang boleh digunakan jika mereka yang sduah diberitahu ini tidak melaksanakannya.
|
|
seri cempaka
|
Wednesday, 02 December 2009 |
|
Comments: 2
|
tolong email kan senarai syarikat yang disahkan mfo dan bukan mfo.
|
|
exit
|
Friday, 20 November 2009 |
|
Comments: 4
|
adakah MFO cuba mendekati pihak2 yang tidak mahu mengikut syariat islam supaya mengikut atau menghormati garis panduan MFO...berkemungkinan syarikat ini belum terdedah dengan islam atau mungkin juga tidak tahu langsung tentang hal ini...saya harap MFO dapat memainkan peranan...sekian .tima kasih
|
|
sabahan
|
Tuesday, 11 August 2009 |
|
Comments: 1
|
ble sy tahu senarai syarikat yang telah diiktiraf sebagai ahli MFO??
|
You must be logged in to make comments on this site - please log in, or if you are not registered click here to signup
|
|
|