Go to : BERITA PPIM
Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung Gemini Flour Mill
<< Back
Suasana Menjijikkan Di Dalam Kilang Tepung…
 Jalan Ipoh Kuala Lumpur 28 Jan 2010 12 tgh
 Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim ditolak.
 Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya.

 Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC , dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.
 Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan, malah ianya tidak diiktiraf.
 (Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf. Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal. Saya akan mendedahkan konflik sebenar yang mengelirukan umat Islam selama ini mengenai status sijil-sijil yang bermacam-macam ini.)
 Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan.
 Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya.
 Antara alasannya ialah – dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan, tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.
 Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halal kepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya.
 Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim, dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.
 Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang, mana mungkin ia akan diluluskan.
 Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung.
 (Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu, silalah lihat contoh di dalam serbuan ini – apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?) Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran, suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.
 Senarainya amat panjang,: Serbuk Kunyit Serbuk Kari Ayam Serbuk Kari Ikan Serbuk Rempah Biryani Serbuk Cili Serbuk Lada Putih Serbuk Lada Hitam Serbuk Kurma Serbuk Jintan Putih Serbuk Jintan Manis Serbuk Ketumbar Tepung Beras Tepung Atta Tepung Kacang Kuda Tepung Ragi Tepung Suji Tepung Kacang Hijau Goreng Tepung Jagung Tepung Kentucky Tepung Kastard Tepung Marukku Tepung Kuih Bunga Ros Tepung Addresam Tepung Ommapodi Tepung Raya Thosai
 Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya, Mohd Amri Abdullah serta pegawai dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya.
 Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.
 Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup, beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini.
 Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk, debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.
 Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerja dengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk.
  Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni, kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.
 Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini, kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang, tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.
 Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal? Nota: Rampasan dari serbuan ini bernilai kira-kira RM80,000 kerana kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
Read/Post Comment: 14
Comments
|
march
|
Monday, 06 September 2010 |
|
|
Comments: 685
|
nike air max, nike air max 90, nike air max shoes, nike air max 90, nike air max 180 MBT shoes, anti shoes, cheap mbt, womens mbt shoes, mens mbt shoes coach bags, coach outlet, coach outlet store online, coach wallets,coach handbags chanel bags, chanel online, chanel handbags, chanel handbags 2010, chanel 2.55 bags louis vuitton bags, LV handbags, louis vuitton outlet, louis vuitton wallet, LV coach outlet, coach outlet store online, coach handbags, coach wallets, coach handbags outlet
|
|
nadeeya
|
Thursday, 25 March 2010 |
|
Comments: 2
|
dalam keadaan mcm ni, memang susahla nak carik makanan2 yg halal kat luar sana.kita mengharapkan logo halal itu sendiri sbb logo itu yg selalu meyakinkan kita bahawa produk tersebut halal.yelah, takkan kita nak pergi kilang dia org baru nak caya produk tu halalkan..susah betul..dah mcm tak yakin jer nak makan kat luar..sy taknak jadi mcm kat negara luar yg boleh mkn benda haram sesuka hati...mudah2an, negara Malaysia kita akan lebih terjamin dari segi permakanannya..
|
|
*Bintang*
|
Thursday, 04 March 2010 |
|
Comments: 4
|
rasa nak marah je bila baca artikel pasal kilang tepung ni.. dah la tak dak logo halal,kilang kotor pulak tu.. senang2 je pengusaha kilang ni kaut keuntungan dengan cara menipu umat islam,bukannye baru tapi dah lebih 20 tahun.. patut la zaman sekarang ni banyak keruntuhan akhlak berlaku dek kerana makanan yang tidak halal. kepada pihak yang bertanggungjawab tunggu apa lagi cepat2 la ambil tindakan.
|
|
wolf in malaya
|
Thursday, 04 March 2010 |
|
|
Comments: 4
|
emmm...... semakin menjadi-jadi mereka ni.... kita jangan salahkan sesiapa....sepatutnya kita bergandingan bahu untuk memerangi sikap pengeluar makanan sebegini.... kepada pihak yang berwajib..(jika ada yang membaca ni).. suarakan di parlimen untuk mengenakan hukuman yang berat kepada mereka ni... agaknya setahun keuntungan mereka beroperasi...setakat 4-5 kali bayar denda tak jadi masalah kot..... cuba kalau nak menghukum mereka ni...dengan denda sampai bankrap...kalau boleh sita lagi semua harta mereka....seperti sita harta pengedar dadah tu....baru diorang takut...... apa komen korang untuk cadangan aku ni....
|
|
nurul nadjwa
|
Monday, 01 March 2010 |
|
Comments: 3
|
kesalahan itu bukan pada kilang tetapi kesalah kite orang islam sebab tidak mempunyai harga diri dan prinsip. undang-undang telah disediakan tetapi telah digunakan dengan mperlekeh kan dan mempermudahkan segala urusan
|
|
afexq
|
Tuesday, 23 February 2010 |
|
Comments: 54
|
KITA JANGANLAH SALAHKAN DIA SEBAB DIA DAH BANYAK SANGAT MAKAN BABI YE TAKKKKKKKKKKKKKK. BAHLOL
|
|
afexq
|
Tuesday, 23 February 2010 |
|
Comments: 54
|
AKU RASA DALAM BANYAK2 NIE YANG PALING TOLOL DNGAN BANGAN ADALAH SI TAFFA PENJUAL BABI TU LAH, BETUL TAK KAWAN2..............BETULLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
|
|
lyana
|
Tuesday, 23 February 2010 |
|
|
Comments: 63
|
harap pengguna islam lebih bijak dan teliti....pastikan keHALALan sesuatu produk....kepada pihak yang wajib mengeluarkan sijil HALAL..sila buat pemeriksaan mengejut kepada kilang / syarikat yang memohon sijil...dan perlu di periksa dari masa ke semasa..kalau tak cukup kakitangan..ramai penganggur kat luar ni untuk bantu......
|
|
eka
|
Tuesday, 23 February 2010 |
|
|
Comments: 49
|
ya allah sunguh x sangka mcm nie rupanya kilang .. rase loya dan nak termuntah tengok persekitaran mcm ni,, entah serbuk/ tepung ape yang kita makan di kedai/ warung selama ni,, (mereka juga nak barang yang murah untuk dapat untung) mungkin adew sesetengah kedai yg guna produk yng dihasilkan di KILANG NAJIS ini...
ya allah,,, kau berilah pengajaran kepada dalang ini ya allah,,,
|
|
cempakabiru
|
Tuesday, 23 February 2010 |
|
|
Comments: 36
|
Umat islam hari ini telah ditipu oleh golongan yang hanya mementingkan diri dan ingin memperolehi berlipat kali ganda keuntungan.Kebanyakkan produk-produk di pasaran tidak mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan.Terlalu banyak sijil-sijil halal palsu yang dilebelkan diproduk-produk yang telah kita gunankan hari ini.Kita telah ditipu hidup-hidup oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Saya menyeru kepada semua umat islam supaya kita prihatin dalam membuat sesuatu perkara....
|
|
hj_maikel
|
Monday, 22 February 2010 |
|
|
Comments: 9
|
Salam semua.
rindu betul aku dgn laman web nie lama tak jenguk.. taffa apa kabar kamu.. tok sidang ada lagi ker.. ke korang sudah lupa sama aku.. kuang kuang kuang..
|
|
taffa
|
Sunday, 21 February 2010 |
|
Comments: 533
|
Salam semua forumer,
Seronok aku baca kau punya statement li...... Memang betol apa yg Sdr/i li ni cakap,,,,,,,,
Dah sakit dada asyik tepok dada... Selera masih ada lagi... Alhamdullilah....
Dalam perkara perkara yg begini aku rasa lah.... Tiada siapa yg salah.... Cuma kita perlu SALAHKAN PEMBELI yang aku anggap BODOH & SOMBONG @ TOLOL @ TONGGONG.... Jang mahar la pulak bila aku kata ni.... Memang aku SALAHKAN PEMBELI @ YANG MEMBELI tanpa usul periksa....
Senangnya begini..... Kita tahu siapa kita.... Bangsa apa kita ni.... UGAMA apa kita ni.... KITA SEMUA TAHU.... Sebab akal serta OTAK yg telah ALLAH S.W.T berikan untuk kita buat apa.... aku rasa dianya suruh kita BERFIKIR untuk kebaikan kita bukan bertujuan diberikan OTAK untuk berbuat sesuka hati tanpa mengusul periksa SIAP KITA sebenarny...
Kita tahu yg kita ni MELAYU dan berugama ISLAM.... so dimana saja kebaikan tentang makanan serta keburukkan itu sering kita di baca dan ditatap dalam akhbar, majallah & juga tersiar dalam stesyen TV & RADIO.... Kita dengar dan kita tonton dan kita baca.... CUMA KITA TAK PERNAH Compute dalam OTAK kita yg kita ni ISLAM...
Jadi SIAPA SALAH.... takpayah TEPOK DADA dah, dah banyak kali tepok dah... Sampai sakit dah DADA ni, yg TONGGONG & BODOHnya kita PENGGUNA ISLAM sendiri.... Bukan kita tak tahu yg produk berikut dimiliki atau diusahakan oleh KAPIAQ HARBI.... Tapi kita beli juga... Pasal kita tak pernah mau ambil tahu... yg kita tahu AMBIL MUDAH saja...
Nak salahkan peniaga ke.... Mereka ni peniaga maka PENIAGA akan sentiasa mencari peluang untuk berniaga... Jika kita PANDAI serta tak suka nak ambil mudah dala satu2 perkara yg melibatkan makanan untuk kita makan dan menjadi DARAH DAGING kita.... Tiada sesiapa yg boleh memperdayakan kita.... SENANG KAN....
SO JANGAN LAH MARAH BILA SAYA CAKAP BEGINI.... "PADAN MUKA KENA TIPU DGN KAPIAQ HARBI" Bila PPIM tegur atau buat sesuatu statement banyak yg tak senang dan menuduh PPIM ni mengadakan cerita dan menyibuk...
So sendri mau ingat lah.
|
|
li
|
Sunday, 21 February 2010 |
|
|
Comments: 83
|
Kilang2 ni tak heran kalau nak rampas ke, nak sita ke, nak kompaun ke apa ke, yang penting mereka boleh terus supply ke pasaraya2 pada bila2 masa, tak heran.
Pasaraya2 ni bila ada isu je diorang tunjuk keperihatinan dan buat press conference sesal dengan kejadian tersebut dan tukang membuat kenyataan adalah dari kalangan orang Melayu yang berjawatan untuk memberi penekanan yang mereka juga ditipu.
Rata2 banyak lah bersuara lepas itu dan memberi lagi komen2 yang menyatakan mereka ini perihatin dan keluar lah pula kenyataan dari pihak2 berkuasa2.
Kemudian diadakanlah forum2 yang memanggil untuk menghadiri diri bagi membuat satu kesimpulan yang tersimpul.
Banyak bicara nanti dikatakan "racist" dan kemungkinan di bawa ke makamah dan di saman berjuta2 boleh berlaku. MANA YANG HAK DAN MANA YANG TIDAK?
PERLUKAH DI PANGGIL SEMUA YANG BERBIJAK2 DAN YANG BERPANDAI2 UNTUK MEMBUAT KENYATAAN? TIDAK KAH BOLEH DIBAWA KEMAKAMAH KERANA TELAH MEMBERI ATAU MENJUAL MAKANAN PADA ORANG2 ISLAM YANG TIDAK HALAL DIKATAKAN HALAL?
Perkara begini bukan baru, banyak sijil2 yang palsu lain yang dikeluarkan sebelum ini dengan cara yang kita tahu dari mana asal usul nya, kemana semua hero2 yang sebelum ini terbabit sama memberi ceramah2 yang berapi2 tentang produk Halal?
Kta sendiri tahu yang kita tidak mempunyai keperluan asas dari segi kesihatan dengan banyak kilang2 pegeluar makanan khusus nya dan kemampuan kita di tahap mana didalam bidang ini tetapi kita lihat banyak produk2 ini ada lah disah kan halal juga.
Kita kata tiada paksaan didalam peruntukan untuk pengeluar mendapatkan sijil halal dan mereka bebas memilih tapi sejak dua menjak ni kita lihat banyak tangkapan2 dan serbuan2 mengenai nya berlaku dimana banyak sijil2 palsu timbul.
Di Shah Alam dan di Banyak tempat di Ibu Kota, rata2 sijil halal dari World Halal Council, South East Asia halal councl dan macam2 council lagi telah ditampal di pintu2 masuk restoran mereka logo2 ini dan ia nya b ukan baru sebulan dua tetapi yang saya ingat saya bawa ke hadapan pengetahuan yang berwajib dari tahun 2006 lagi.
Di Kajang dan di Pudu anda akan jupan logo yang bulat besar berlampu dari Islamic food research center di gunakan oleh pembekal produk makanan sejuk beku.
Di My mydin Sungai Long terpapar sijil halal untuk daging import yang dikeluarkan oleh council negara yang membekal daging sejuk beku sedang kan kita tahu apabila kita ingin memproses daging di potong2 dan dijual kepingan(slice), block(buku) dan sebagai nya perlu mendapatkan sijil halal jakim kerana daging tadi di proses di Kilang kat mana? siapa yang proses? dan macam2 lagi yang perlu dijawap.
Kita nak buat apa sekarang? kemana hala tuju kita didalam perkara ini? bagaimana kah kita nak mengatasi nya degan cara jangka panjang? siapa yang nak bertanggung jawap? TEPUK LAH DADA TANYA LAH SELERA.
|
|
raiders
|
Friday, 19 February 2010 |
|
Comments: 14
|
celaka punya manusia habis umat islam terpedaya,sbb tu banyak sangat keruntuhan akhlak kerana makanan yang tidak halal
|
You must be logged in to make comments on this site - please log in, or if you are not registered click here to signup
|
|
|