Login / Daftar di sini.
 
HOTLINE 019 359 1000
Waktu Solat
 

  Go to : BERITA PPIM
ADUAN PILIHAN-IKIM BEROPERASI SECARA HARAM printer friendly << Back
Radio IKIM.FM merupakan satu - satunya stesen ISLAM yang beroperasi selama 24 jam penuh, dan merupakan wadah penting umat Islam mendapatkan ilmu dan info. Radio IKIM.FM juga menjadi tempat peniaga Islam yang mengamalkan konsep halal lagi bersih memasarkan produk mereka, ini menjadikan IKIM.FM sangat penting. Akan tetapi,  maklumat yang terkini amat memeranjatkan bahawa radio IKIM.FM berisiko ditutup operasinya, atas sebab pihak setiausaha dan akauntan telah gagal membayar yuran siaran (CASP) kepada SKMM sejak penubuhannya lagi.  

Sehingga 28 Oktober 2008 satu LOD daripada peguam SKMM telah dihantar kepada SETIAUSAHA IKIM berkenaan radio IKIM.FM dan diterima pada 3 NOV 2008. Bahagian radio juga telah mencadangkan supaya pihak setiausaha/akauntan/pengurusan supaya menjelas/mengambil tindakan lanjut perkara ini dan sehingga kini tiada apa - apa tindakan. Mengikut maklumat , radio IKIM.FM akan ditutup oleh pihak SKMM bila – bila masa  kerana IKIM.FM sekarang terdedah dengan undang – undang CMA1998 kerana beroperasi secara haram. Pihak SKMM juga memaklumkan kes radio IKIM.FM ini akan dibawa ke pihak pengerusi suruhanjaya, dan seterusnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ke rasah penggantungan dan seterusnya penamatan lesen radio IKIM.FM. Ini amat mendukacitakan pendengar. Perkara serius begini tidak diambil perhatian oleh pihak setiausaha/akauntan, dan jawatan setiausaha dan akauntan adalah satu individu yang sama..!!!!   Perkara ini melibatkan kepentingan semua pihak. Baik pendengar, pengiklan, pendakwah, dan juga staf - staf bahagian radio itu sendiri, dan terbaru pihak akauntan/setiausaha telah memotong gaji DJ sambilan yang walaupun mereka bertugas selama 4 jam tetapi hanya dibayar 31/2 jam sahaja..!!! dan ini akan bertambah buruk jika akan datang radio IKIM.FM ditutup. Perkara ini sangat mengecewakan saya. Terlalu banyak sabotaj yang dilakukan, untuk mengundang bagi rakaman bicaraan Ad Din pun pihak setiausaha meletakan pelbagai syarat yang menyusahkan penganjur....   Perkara ini perlu tindakan tegas dari semua pihak untuk mendesak pihak pengurusan , setiausaha dan akauntan supaya mengambil peduli akan masalah ini. Jangankan sehingga kita kehilangan sebuah wadah untuk berdakwah kepada orang ramai, radio IKIM.FM adalah hak kita bersama.

Read/Post Comment: 20
Comments
kembali ke atas

fairoz83 | Saturday, 21 August 2010
Comments: 2
nk cr siaran ikim mcm mn? nk ckp secaram plak?
kembali ke atas

amien.ahmad | Tuesday, 30 March 2010
Comments: 1
Semalam saya mendengar 'Soal Jawab' di TV3 mengenai isu Halal oleh JAKIM. Pg ini saya mendaftar menjadi ahli. Tahniah PPIM atas usaha murni. Menyebarkan maklumat yg benar tampa berselindung disebalik pihak yang berkepentingan. Insyallah, semoga lebih ramai yg mendaftar mnjadi ahli PPIM tahun 2010. Tahniah Dato' atas ulasan serta jawapan yg amat telus yg diberikan pd 'Soal Jawab' tersebut. Sungguh sedih apabila pihak yg melaungkan semangat atas nama agama namun munafik dlm @ memburukkan agama Islam dgn tingkah & lakunya serta pembohongan yg X sudah. Sama-samalah kita semua Mendoakan Musibah pada Munafik-Munafik ini agar ia menjadi petunjuk kpd yg lain.
kembali ke atas

admin | Monday, 22 March 2010

Comments: 97


SALAM

Untuk makluman, ketika aduan diterima, kami telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa ketika aduan ini diterima, bayaran tersebut masih belum dijelaskan.

Alhamdulillah, perkara ini telah selesai antara pihak IKIM dan yang berkenaan.

Kami berharap semua pihak berpuas hati dengan perkara ini.

kembali ke atas

admin | Thursday, 18 March 2010

Comments: 97
ikimikim1
kembali ke atas

admin | Thursday, 18 March 2010

Comments: 97
ikim
kembali ke atas

mfy87 | Wednesday, 10 March 2010
Comments: 2
pesanan saya kpd sahabat2 semua agar selidiki lah terlebih dahulu sebelum sebar2kan satu2 berita itu..jgn ambil berita2 daripada orang2 yang berada di tepi2 jalan2 sahaja...mungkin berita itu belum sahih utk disebarkan....dan inilah bukti sebenar yg saya ambil dari laman IKIM sendri....

wallahu alam
kembali ke atas

mfy87 | Wednesday, 10 March 2010
Comments: 2
Aduan di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu perletakan jawatan Tuan Ir. Ahmad Jais Alias, mantan Pengarah Radio IKIM yang mendakwa bahawa Radio IKIM beroperasi secara haram dan akan ditutup pada bila-bila masa, IKIM amat kesal dengan fitnah yang dibuat. Aduan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

IKIM telah menjelaskan semua bayaran lesen kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Pihak pengurusan tertinggi IKIM pada masa itu telah membuat rayuan dan perbincangan memohon pengecualian pembayaran lesen kepada pihak SKMM. Sehubungan itu, dakwaan bahawa IKIM tidak membayar lesen radionya adalah satu dakwaan yang palsu.

Pihak IKIM berharap agar aduan tersebut dikeluarkan daripada laman web PPIM serta-merta dan menyiarkan penjelasan oleh Y.Bhg Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM. Surat Ketua Pengarah IKIM kepada Y.Bhg Dato' Ma'amor Osman, Setiausaha Agung PPIM telah dihantar pada 2 Mac 2010.

IKIM berharap dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu bimbang tentang dakwaan Radio IKIM akan ditutup. IKIM memandang serius kepada usaha pihak tertentu untuk menjejaskan nama baik IKIM.

IKIM sebagai institusi ilmu dan penyelidikan akan meneruskan peranannya meningkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Sumber dari : http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=1&sec=&key=2037&cmd=resetall
kembali ke atas

asmiedi | Friday, 05 March 2010
Comments: 3
kpd mekhalus.. kau memang lah x kesah... kami kesah kerana ini melibatkan kepentingan islam...Radio ikim tempat kami menambah ilmu dan sumber dakwah. nak buat apa sokong dorg kalau perkara begini dianggap kecil...!!

aku tau ko tak kesah pasal ko apa kesah dgn islam..!! IKIM adalah Institud kefaham Islam...!!

dan pak2 menteri tuu aku tak pilih pun ko jee yg pilih.. xdenyee aku lupa...

ini bukan soal politik.. tp tgn2 politiklah yg merosakkan segalanya. Ir dikatakan ditekan lebih hebat selepas menjemput wakil pas untuk muzzakarah Pakar tentang isu nama Allah, dan beliau ditekan kerana didakwa menjemput ustaz2 yg didakwa pihak pembangkang dlm ceramah IKIM.. tp sepanjang aku dgr IKIM tak pernah lagi aku dgr ustaz2 terbabit sentuh soal politik.. semua soal keagamaan..!!

sekarang ini timbul pula fitnah kepada Ir yang dikatakan telah menggelapkan wang radio IKIM.

Ketua pengarah IKIM dah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan artikal diatas..!! dia nih tak takut dosa menipu kee??

aku dpt maklumat ada pihak yg mempuanyai dokumen yg menyatakan pihak ikim gagal bayar yuran pada SKMM walaupun pihak radio telah mendesak pengurusan ikim bayar tapi tak diambil perhatian. ini usaha halus untuk memberi tekanan kepada Ir .. mereka akan dedahkan dokumen itu bila sampai waktu. kebenaran tetap kebenaran..!!
kembali ke atas

mekhalus | Thursday, 04 March 2010
Comments: 1
Apa yang sibuk sibuk ni? Radio IKIM nak tutup ke atau IKIM sendiri nak tutup ke korang ape nak sibuk. Pak Menteri pun tak sibuk sibuk. Tanyalah Najib ke, Mahyudin ke, Rais Yatim ke atau Menteri Islam tu Jamil Khir .... small matter ni. Kite patut sokong
dieorang sebab kite pilih die... tiap lima tahun sekali. Dah lupe ke?
kembali ke atas

cempakabiru | Wednesday, 24 February 2010
Comments: 36
Saya sebagai umat islam dan pendengar setia Radio Ikim.fm sangat kecewa dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab.....
kembali ke atas

eka | Tuesday, 23 February 2010
Comments: 49
LAW KENAPE JADI MCM NIE PULAK,,,
erm x pew klu mcm uh
mari kita semua umat islam bergabung membantu,,..
ayuh umat islam ini radio kita,,
radio khas umat islam,,,
ape lah salah nye klu kita membantu,,,
x rugi apa apa pun malah pahala kita peroleh..
asal bukan menunjuk2 tapi iklas dari hati
kembali ke atas

kak zam | Tuesday, 23 February 2010
Comments: 2
smlm saya brpeluang mndgr ucapan perpisahan ir ahmad jais dlm rncgn Cerna Minda yg mmg ramai peminat setianya. Oh sggh sedih. Kl pendengar perasan ir ada sebut yg dia akan berehat seketika. Bermakna beliau meletak jawatan bukan krn ada tawaran kerja lain. saya dah mdengar radio IKIM brtahun2. Sungguh sayang skali krn smnjak ir mjadi pengarahnya, beliau tlh mbawa IKIM to a new dimension. Tkasih kpd pengurusan yg nmpak potential ir yg dulunya di PPLI, th4 dpt km mbawa pemikiran km ke perspektif yg baru. Jk ir mbaca nota saya ini, saya bp ramai yg tlh mdpat byk ilmu dr tuan mendoakan kesejahtraan ir sklga dn smga musibah ini digantikan dgn yg lebih baik lg. Ameen.
kembali ke atas

masitah_darsani | Tuesday, 09 February 2010
Comments: 1
Kalau radio bukan Islamik mesti cepat aje diselamatkan....sedih2..
kembali ke atas

alarmiez | Sunday, 07 February 2010
Comments: 2
jadi tanggungjawab kita untuk pastikan stesen radio ini xtutup,kumpulkn dana khas oleh NGO islam untuk bantu....kalau sampai tutup,kita seluruh umat islam di malaysia berdosa...
kembali ke atas

kak zam | Thursday, 04 February 2010
Comments: 2
berita ni sungguh mengejutkan! Bgamana blh jadi seperti ini? Saya rasa perkara ini sedang diselidiki. sama-samalah kt berdoa agar Radio Ikim akan terus dpt kt dengari.
kembali ke atas

asmiedi | Monday, 01 February 2010
Comments: 3
PPIM minta siasat perkara ini. adakah ada konspirasi nak tutup radio islam???
mana hilang wang keuntungan radio ikim???

kembali ke atas

Saha | Monday, 01 February 2010
Comments: 2
BUAT LAPURAN DAN SIASATAN OLEH BADAN YANG BERTANGGUNJGJAWAP
kembali ke atas

asmiedi | Monday, 01 February 2010
Comments: 3
Berita terbaru...!!
Pengarah bahagian Radio dah hantar notis letak jawatan kalau perkara ini tidak diambil peduli oleh pihak akauntan!!!!
wang keuntungan untuk tahun 2009 telah berjaya ditingkatkan sebanyak 1 juta pun entah kemana hilangnya. kenapa ini semua terjadi?
kembali ke atas

harunn | Saturday, 30 January 2010
Comments: 13
Salam

betul ke berita ni

kalau betul , amat la rugai bagi pendengar setia IKIM .fm

radio yang karut macam hot , era serta sinar tu tak pula di haramkan

itu lagi le buat sesat


kembali ke atas


You must be logged in to make comments on this site - please log in, or if you are not registered click here to signup
* Pautan Khas
English Articles, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif


tanjungmanis.gif
Undian Pengguna

Apakah pendapat anda tentang harga ikan semasa?


BIASA
TINGGI
RENDAH




© Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia